Khazanah Peribahasa Melayu

Jelajahi kebijaksanaan dan keindahan bahasa Melayu melalui koleksi peribahasa yang lengkap.

Ilustrasi Peribahasa

104

Peribahasa

6

Penyumbang

Peribahasa Hari Ini

Bagai kucing takut akan balur.

Lelaki yang takut kepada perempuan.

Disumbangkan oleh: Ikhwan

Peribahasa Terkini

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Setiap yang berkemahuan, pasti ada jalans

Dalam menyelam, cetek bertimba.

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

Awak yang celaka, orang yang diumpat.

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

-

Aur ditanam betung tumbuh.

Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.